Gabenor Aceh, Muzakir Manaf

BANDA ACEH – Pemerintah tidak pernah melarang negara luar untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir dan tanah runtuh di Aceh.

Gabenornya, Muzakir Manaf menegaskan, adalah satu tindakan bodoh sekiranya bantuan dari luar negara dihalang untuk masuk bagi membantu wilayah yang hampir lumpuh akibat bencana alam yang berlaku akhir bulan lalu.

“Saya rasa tidak ada halangan. Boleh sahaja (disalurkan kepada mangsa). Bantuan dari Kuala Lumpur, Malaysia berupa ubat dan doktor juga sudah sampai dan disalurkan malah ia tidak mencukupi.

Dijangka mereka akan menghantar lebih banyak ubat-ubatan dan doktor ke sini pada Rabu.

“Semalam juga saya ada dengar (khabar angin) yang mengatakan ada orang yang mencari mayat-mayat tetapi setelah saya lakukan semakan silang, tiada masalah dan semuanya lancar.

“Mereka (negara luar) mahu bantu kita, tidak mungkin kita persulitkan?” katanya ketika ditemubual media.

Terdahulu terdapat maklumat di media sosial yang mengatakan terdapat pihak luar membatalkan pemberian bantuan kerana mendapat campur tangan daripada pemerintah daerah.

Namun menurut Muzakir yang lebih dikenali sebagai Mualem, beliau masih belum menerima laporan menerima laporan berhubung perkara tersebut.

Bagaimanapun beliau menegaskan, setiap bantuan yang diterima mesti disalurkan dengan tepat. -AGENSI

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast