MELAKA – Seorang wanita yang ditangkap khalwat dengan pasangannya mempersoalkan tindakan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menahannya dalam serbuan awal pagi Sabtu lalu.
Penjawat awam berusia 20-an itu dalam nada sinis meminta penjelasan daripada pegawai penguat kuasa agama (PPA) JAIM mengenai tindakannya yang menyalahi Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 (EKSNM 1991).
Kes berkenaan dimuat naik di media TikTok Bahagian Penguat Kuasa JAIM hari ini.
Terdahulu, PPA menjelaskan kehadiran mereka pada jam 3 pagi hasil selepas menerima aduan awam berkaitan dengan kesalahan pasangan berusia 20-an itu yang bersekedudukan, berkurung atau bersunyian tanpa nikah sebelum dibalas secara sini wanita berkenaan.
“Baik korang explain (jelaskan) dulu baru saya expalain. Cepatlah.
“Saya nak cakap kalau you encik datang hari ini itu salah. Kenapa tak datang semalam je?,” balasnya dalam nada sinis apabila diterangkan PPA terbabit.
Tindakan wanita itu kemudian dibalas PPA JAIM secara baik dan wanita itu tidak boleh mempersoalkan kewajaran tindakan pasukan penguatkuasa bilakah serbuan patut dilakukan.
Pasangan itu bagaimanapun akhirnya dibawa ke pejabat JAIM untuk siasatan lanjut kerana melanggar Seksyen 53 EKSNM 1991. – MalaysiaGazette
















