Foto FB MSN.

KUALA LUMPUR – Skuad hoki lima sebelah (5s) lelaki melakar sejarah apabila muncul negara meraih pingat emas pertama di Sukan SEA Thailand selepas menumpaskan Indonesia 7-3 di Bangkok, Thailand hari ini.

Ia kerana kejayaan itu diraih apabila acara berkenaan dipertandingkan buat pertama kali di temasya dwitahunan itu.Dalam aksi di Stadium Hoki RTAF, Malaysia mendahului 3-0 pada babak pertama sebelum menambah empat gol pada separuh masa kedua untuk mengesahkan kemenangan.

Indonesia sebelum ini mencipta sejarah memenangi pingat emas hoki dalam dewan pada Sukan SEA Kemboja 2023, menewaskan Malaysia 4-2 di final.

Malaysia mara ke final selepas membelasah Filipina 10-1 pada aksi separuh akhir pagi tadi.

Skuad negara menjaringkan lima gol setiap separuh masa, manakala gol tunggal Filipina hanya diperoleh pada separuh masa kedua. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast