Gambar Ibrahim Sulaiman ketika bawa ke Mahkamah Majistret Tanah Merah untuk mendapat tahanan reman pada 2 Disember 2025. foto BERNAMa

TANAH MERAH – Seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya di sebuah rumah, 1 Disember lepas.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada Ibrahim Sulaiman, 63, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Tun Faez Fikhrie Tun Asrul Saini kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh Mastura Abdullah, 40, di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Paku, Gual Ipoh di sini antara 9.30 pagi hingga 12.15 tengah hari, 1 Dis lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati, hendaklah disebat tidak kurang 12 kali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Irfan Aizat Mohd Daud, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 12 Feb depan untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast