KUALA LUMPUR – Datuk Manoharan Periasamy sebagai Pengerusi Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) berkuat kuasa 8 Disember lalu bagi menggantikan Datuk Yasmin Mahmood.

Agensi itu dalam kenyataannya berkata, pelantikan tersebut selaras dengan peruntukan Seksyen 5(1)(a), Akta Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia 1992 (Akta 481).

Manoharan yang sebelum ini merupakan Ketua Pengarah Tourism Malaysia, mempunyai pengalaman luas dalam perkhidmatan awam dan sektor pelancongan selama lebih 30 tahun.

Beliau pernah memegang beberapa jawatan penting termasuk Pengarah Kanan Bahagian Promosi Antarabangsa (Asia & Afrika), Pengarah Kanan Bahagian Pengiklanan & Digital, Pengarah Bahagian Pembangunan Pakej serta Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat.

Selain itu, beliau turut memainkan peranan penting dalam memperkukuh kehadiran Malaysia di pasaran Asia Selatan apabila diberi tanggungjawab mengetuai operasi promosi pelancongan negara sebagai Pengarah Tourism Malaysia Mumbai dan Pengarah Tourism Malaysia New Delhi di India dari tahun 2000 hingga awal 2016. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast