Tertuduh berusia 39 tahun yang juga bapa kepada dua anak dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas pertuduhan mencabul adik perempuannya, minggu lalu.

MELAKA – Peniaga keropok lekor dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas pertuduhan mencabul adik perempuannya, minggu lalu.

Tertuduh berusia 39 tahun yang juga bapa kepada dua anak itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menakutkan secara jenayah seksual dengan menghisap kedua-dua payudara adik perempuannya berusia 25 tahun tanpa kerelaannya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam bilik tidur tingkat atas kediaman rumah berkenaan kira-kira jam 3.30 pagi 7 Disember lalu.

Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau kedua-duanya mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya Syaza Nur Sharif menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Muhammad Izzuddin Ab Malek merayu jaminan dikurangkan kerana tertuduh hanya berniaga sambilan menjual keropok lekor dengan pendapatan tidak menentu sekitar RM60 hingga RM70 sehari, selain menanggung dua anak.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,500 dan membenarkan syarat dipohon pendakwaan.

Kes akan disebut semula 26 Januari depan untuk serahan dokumen. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast