KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan dan terbabas sendiri lalu merempuh pokok sawit, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai berkata, kejadian itu berlaku di Jengka 11, berdekatan kilang sawit.
Akibat kemalangan itu, mangsa, Amir Zulfadli Azfar Sanudin, 24, cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Hospital Jengka.
Ketika kejadian mangsa dari arah Bandar Pusat Jengka ke arah Jengka 8.
Hasil siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku diatas kecuaian simati yang gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan berlaku.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) APJ 1987. – MalaysiaGazette
















