Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bersama Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden ketika gimik perasmian sempena Muktamar Dewan Pemuda Pas Malaysia ke-66 di Kompleks Pas Kedah, Alor Setar. Foto MUHAIMIN MARWAN, 12 SEPTEMBER 2025

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda Pas Malaysia menegaskan pendiriannya untuk menolak pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) yang kembali menjadi isu panas sejak kebelakangan ini.

Sayap parti Pas itu berkata, ada sebab UEC yang dilaksanakan oleh sekolah menengah persendirian Cina itu perlu ditolak.

“Mereka kembali mendesak pengiktirafan UEC. Inilah sebab yang jelas kenapa UEC perlu ditolak.

“Bukan kerana perkauman, tetapi demi masa depan sistem pendidikan negara dan integrasi kaum di Malaysia. Kita tidak boleh berdiam diri!” tulisnya dalam satu hantaran di Facebook miliknya di sini hari ini.

Selepas kekalahan besar dalam pada Pilihan Raya Negeri Sabah baru-baru ini, DAP kini mengukuhkan ikrar untuk menggerakkan agenda reformasi yang menjadi tunjang manifesto Pakatan Harapan (PH) semasa PRU-15 yang lalu.

Antara isu utama yang dibangkitkan adalah pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sehingga Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menegaskan beliau sanggup melepaskan jawatan jika UEC diiktiraf sebaik sahaja beliau berundur.

Selain itu, terdapat keluhan daripada pengundi-pengundi Cina yang tidak berpuas hati dengan isu- isu berkaitan ekonomi termasuk pelaksanaan cukai, e-invios dan beberapa dasar baharu yang dikatakan membebankan peniaga terutamanya PKS. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast