Hassan bertemu Korperal Abdul Halim Nasir Abd Jamil iaitu anggota Balai Polis Permas Jaya yang terlibat kemalangan di rumahnya Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, hari ini.

PASIR GUDANG – Parti Keadilan Rakyat (PKR) wajar mengadakan pertemuan bagi membincangkan strategi dan langkah yang perlu diambil selepas dilanda pelbagai isu sebelum berdepan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, langkah tersebut wajar dalam usaha memulihkan semula keyakinan rakyat terhadap parti tersebut dan kerajaan.

“Selepas Pilhan Raya Negeri (PRN) Sabah ada eloknya pimpinan parti mengadakan satu perjumpaan melibatkan semua cabang dan kepimpinan.

“Dalam keadaan sekarang ini kita lihat seperti tidak ada kesepakatan. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh panggil semuanya untuk berbincang dalam keluarga PKR yang kita boleh panggil rapat antara anggota,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada Korperal Abdul Halim Nasir Abd Jamil iaitu anggota Balai Polis Permas Jaya yang terlibat kemalangan di rumahnya Bandar Seri Alam di sini hari ini.

Hassan berkata, perjumpaan tersebut perlu melibatkan semua pihak termasuk bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli dan para penyokongnya.

Semua pihak katanya, perlu mengenepikan perbezaan pandangan dan meletakkan parti sebagai keutamaan.

“Perbincangan itu nanti tak perlulah terlalu formal, perbincangan dari hati ke hati, Ini adalah waktunya dalam keadaan parti diugut.

“Jangan kita berterusan hari-hari cari kesalahan Anwar. Bukan tak boleh kritik, saya pun kritik Anwar tapi ada masanya,” katanya.

Fokus ketika ini ujar beliau, adalah perpaduan antara anggota dalam berdepan PRU-16. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast