Adam Adli

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Melaka, Adam Adli Abdul Halim akan memangku tugas Pengerusi MPN Melaka bagi menggantikan Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Fuziah Salleh dalam satu kenyataan hari ini berkata, keputusan yang dibuat Biro Politik PKR itu berkuat kuasa semalam.

Bagaimanapun, tambah beliau, Shamsul Iskandar kekal dengan jawatannya sebagai Ketua Cabang Hang Tuah Jaya.

Sebelum ini, Shamsul Iskandar mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Setiausaha Politik Perdana Menteri selepas mendakwa terdapat percubaan untuk menyerang beliau secara peribadi dan merosakkan imej Kerajaan MADANI.

Terdahulu, Shamsul Iskandar dikaitkan dengan kontroversi surat sokongan berkait enam kontraktor dalam sebuah projek hospital di Muar, Johor.

Beliau kini juga berdepan pertuduhan rasuah di mahkamah melibatkan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah bersama-sama ahli perniagaan, Albert Tei. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast