Mangsa banjir mendaftar di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Orang Ramai (DOR) Kampung Seri Damai, Kuantan.

KUANTAN – Sebanyak tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka hari ini di daerah Kuantan dan Maran berikutan beberapa kawasan dinaiki air akibat hujan berterusan serta limpahan air sungai.

Sebanyak enam PPS dibuka di daerah Kuantan di Dewan Serbaguna Kampung Jaya Gading, Dewan Orang Ramai (DOR) Kampung Seri Mahkota, DOR Kampung Seri Damai, Sekolah Kebangsaan (SK) Fakeh Abdul Samad, SK Wira, dan SK Mat Kilau.

“Pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuantan telah bergerak ke lokasi kejadian untuk mengambil maklumat mangsa yang terjejas di PPS serta membantu membuat pendaftaran dan mengurus mangsa,” kata APM menerusi kenyataan.

Dianggarkan terdapat 223 mangsa banjir di Kuantan dan 42 lagi mangsa banjir di Maran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast