Wednesday, September 30, 2026
Home Nasional Pemandu ambil telefon bawah kerusi, Porsche terbabas ke parit

Pemandu ambil telefon bawah kerusi, Porsche terbabas ke parit

Tangkap layar video tular

KUALA LUMPUR – Sebuah kereta mewah yang dipandu seorang lelaki tempatan ‘terbang’ melepasi parit selepas terbabas di Jalan Sungai Rambai, Kuala Langat, Selangor, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi, berkata insiden berlaku pada jam 3.20 petang semasa pemandu Porsche Panamera itu cuba mengambil telefon bimbitnya yang jatuh di bawah kerusi.

“Pemandu berkenaan menggunakan telefon bimbit untuk membuka aplikasi Google Maps namun peranti tersebut terjatuh ke bawah kerusi.

“Ketika cuba mengambil telefon bimbit berkenaan, mangsa hilang kawalan menyebabkan keretanya terbabas melepasi parit sebelum tersekat di atas tebing,” katanya.

Menurut Mohd Amalrizal, pemandu yang merupakan peniaga berusia 40-an itu mengalami sebarang kecederaan dan mempunyai lesen memandu yang sah.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast