Rakaman kemalangan maut di Kuchai Lama yang tular di laman sosial.

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan kes kemalangan maut melibatkan seorang penghantar barang dirempuh sebuah kereta di Jalan Kuchai Lama pada 8 Disember lalu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa ketika mengesahkan perkara tersebut berkata, setakat semua saksi telah dipanggil memberi keterangan.

Jelasnya, saksi yang telah dipanggil termasuk pemilik rakaman kamera papan pemuka (dashcam).

“Kertas siasatan kes ini akan dibawa hari ini untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) bagi mendapatkan arahan lanjut.

“Semua saksi termasuk pemilik rakaman kamera papan pemuka telah dipanggil untuk memberi keterangan,” katanya menerusi kenyataan.

Sebelum ini media melaporkan penghantar barangan, Muhammad Harish Aiman Mat Zahid, 25, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz.

Terdahulu lelaki itu cedera parah selepas motosikalnya dirempuh sebuah kereta.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Polis minta saksi, rakaman dashcam bantu siasat kemalangan maut di Jalan Kuchai Lama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast