Pelakon, Kamal Adli ditemui di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini.

KUALA LUMPUR – Pelakon Kamal Adli, 39 menegaskan pendirian enggan mengeluarkan kenyataan bodoh semata-mata untuk mempertahankan diri apabila menerima kecaman ekoran kemelut rumah tangga bersama Uqasha Senrose.

Kamal menyifatkan medium yang terbaik pada masa ini untuk mempertahankan haknya sebagai ayah dan suami adalah adalah mahkamah.

“Ini sajalah ruang yang saya ada iaitu di mahkamah. Untuk berdepan dengan dia memang tak ada ruang buat masa ini kerana ada halangan.

“Jadi saya guna cara yang betul (mahkamah). Saya tak nak pergi ke tepi, belakang, bawah atau buat kenyataan bodoh,” katanya ketika ditemui media di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpyr, hari ini.

Kemelut rumah tangga mereka tercetus selepas Uqasha memfailkan penceraian terhadap Kamal pada Oktober lalu.

Sementara itu, Kamal membidas isterinya yang membuat tuduhan kepadanya termasuklah individu yang digelarnya sebagai ‘coach cerai’.

“Saya rasa perkara ini tidak adil untuk saya. Kalau tidak puas hati kau datang jumpa aku. Kau cakap depan-depan aku sebab kau isteri aku lagi.

“Kau tidak payah cerita dekat ‘coach cerai’ sampai lapan jam boleh duduk dengan orang itu,” katanya seperti yang dilaporkan media.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast