Menteri Luar Thailand, Sihasak Phuangketkeow

BANGKOK – Menteri Luar Thailand, Sihasak Phuangketkeow memberitahu beliau terbuka untuk berbincang mengenai konflik sempadan di antara negara itu dan Kemboja.

Katanya, Thailand komited terhadap keamanan dan diplomasi bagaimanapun beliau menegaskan kepentingan mediasi berkecuali.

Beliau juga menggesa Kemboja untuk menunjukkan kesediaan mereka mengadakan rundingan.

“Penyelesaian muktamad kepada konflik tersebut mesti dicapai melalui rundingan secara langsung antara Thailand dan Kemboja, dengan Kemboja mengambil langkah pertama ke arah dialog,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar dan Menteri Pertahanan Jepun bagi mengukuhkan hubungan dua hala di samping mempromosikan pelaburan Jepun di Thailand terutamanya dalam industri berteknologi tinggi.

Dalam lawatan tersebut, Sihasak turut menyatakan kebimbangan negara-negara jiran dan pihak antarabangsa berhubung situasi di sempadan Thailand dan Kemboja. -AGENSI

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast