KUALA LUMPUR – Penutupan bekalan elektrik di kawasan sekitar Kuantan, Pahang akibat kejadian banjir telah pulih sepenuhnya.

Menerusi hantaran di Facebook, TNB Careline merakamkan penghargaan kepada semua pelanggan yang terlibat atas kerjasama yang diberikan di sepanjang tempoh kerja-kerja pemulihan bekalan dijalankan.

“Kesabaran anda amat dihargai,” katanya.

Pada 17 Disember lalu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menutup pencawang elektrik ekoran keadaan banjir yang semakin membimbangkan di sekitar kawasan Kuantan, Pahang.

Tindakan itu menyebabkan gangguan elektrik di beberapa kawasan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast