Logo Polis Diraja Malaysia

KUALA LUMPUR – Polis sudah merakam keterangan enam saksi bagi membantu siasatan kes amang seksual melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun, di sebuah sekolah di Kampung Pandan, di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata pihaknya turut menjalankan siasatan berhubung kemungkinan ada murid lain yang menjadi mangsa.

“Siasatan masih dijalankan dan kertas siasatan lengkap akan dirujuk kepada Pendakwa Raya dengan kadar segera untuk arahan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Fadil dilaporkan berkata seorang guru berusia 40 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan dan semakan mendapati tenaga pengajar ini tidak mempunyai rekod jenayah lampau, dan direman enam hari bermula semalam hingga Khamis depan.

Jumaat lepas, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Mohamad Lazim Ismail memaklumkan pihaknya menerima laporan berkaitan kes itu pada Selasa, 4.16 petang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast