KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara lantang menggesa supaya parti itu menarik balik sokongan daripada kerajaan sekarang.
Tegasnya, lebih baik UMNO menjadi pembangkang yang bermaruah daripada dihina oleh rakan sekutu dalam kerajaan tersebut.
“Apa lagi yang perlu kita tunggu? Tarik jer lah sokongan daripada kerajaan ni.
“Biar kita jadi pembangkang yang bermaruah daripada dihina dari puak-puak bebal ni!,” tegasnya sambal memuat naik hantara Yeo Bee Yin di Facebook hari ini.
Terdahulu, bekas menteri, Yeo Bee Yin merangkap Setiausaha Publisiti DAP menerusi Facebook memuat naik status “Antara yang perlu diraikan menjelang hujung tahun” sambal memuat naik keputusan Mahkamah Tinggi terhadap penolakan emakan kehakiman yang dibuat Datuk Seri Najib Razak hari ini.
Dr Akmal dalam masa yang sama menggesa perwakilan menjadikan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) tidak lama lagi sebagai pentas untuk membawa suara rakyat dan akar umno.
“Biar PAU kali ini sekali lagi digegarkan dengan menjadi medan suara keramat orang Melayu! Jangan takut,jangan gentar!,” tegasnya.
Beliau juga memberikan pesanan kepada Bee Yin supaya meraikan penolakan rakyat Sabah terhadap parti itu berdasarkan Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini.
“Nak pesan pada Yeo Bee Yin juga, jangan lupa alasan satu lagi untuk kamu meraikan bagi tahun ini adalah parti kamu ditolak secara total di Sabah!,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

















Ni bukan isu DS Najib jaa.. tetapi yg lebih penting ialah SOP mahkamah yg kacau bilau & double standard. Dlm kes Anwar Ibrahim, Lembaga Pengampunan pun tak lengkap, tp mahkamah persekutuan bebaskan. Tp dlm isu kes DS Najib, hakim kata DYMM Agong tak ikut procedure maka tiah tak valid. Double standard ty yg buat rakyat marah. Yh kedua, ialah kuasa prerogative DYMM Agong & Sultan2 Melayu wujud lebih lama dari mahkamah sendiri iaitu kuasa pengampunan skrg ditentukan oleh mahkamah. Mahkamah berlagak lebih tinggi dari sultan & DYMM Agong.. tu yh buat org Melayu sangat marah.. Dan yg terakhir, tidak ada mana2 peruntukan dlm perlembagaan kata DYMM Agong kena buat keputusan DALAM mesyuarat, sebaliknya hanya perlu BERUNDING dgn Lembaga Pengampunan.. semakan kehakiman perlu dilakukan memandangkan telah wujud campurtangan mahkamah terhadap kuasa Sultan dan Agong padahal selepas mahkamah Persekutuan jatuh hukum, mahkamah dah tak ada urusan lagi dlm isu pengampunan.. Itu hak raja..bukan hak seorang hakim! Doktrin pengasingan kuasa dah kacau bilau sekarang ni…