KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorolog Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan (waspada ) berkuat kuasa daripada 25 sehingga 28 Disember 2025 di seluruh negeri Terengganu.
Amaran itu juga meliputi beberapa kawasan di Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang & Pasir Puteh di Kelantan.
Amaran hujan berterusan (waspada) berkuat kuasa daripada 26 sehingga 29 Disember turut dikeluarkan di Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan & Rompin) dan Segamat, Kluang, Mersing & Kota Tinggi di Johor. – MalaysiaGazette
















