TANGKAP layar video memaparkan lelaki berpakaian menyerupai wanita semasa menghadiri sebuah majlis bertaraf antarabangsa, seperti yang tular baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan Tourism Malaysia menegaskan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan peganjuran acara Miss & Mister Celebrity International 2025.

Bahagian Komunikasi Korporat, Tourism Malaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, penggunaan logo korporat Tourism Malaysia dan logo kempen Visit Malaysia 2026 (WM2026) oleh pihak penganjur acara itu telah dibuat tanpa kebenaran bertulis rasmi.

“Sehubungan itu, MOTAC dan Tourism Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi, tafsifran awam, atau liabiliti yang timbul daripada penganjuran acara tersebut atau penggunaan logo tanpa kebenaran,” katanya.

Tambah kenyataan itu, MOTAC dan Tourism Malaysia akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak penganjur bagi melindungi hak harta intelek, integrity jenaman serta identiti korporat rasmi.

KENYATAAN media Tourism Malaysia berkenaan isu lelaki berpakaian wanitan pada acara antarabangsa baru-baru ini.

 

Terdahulu, tular di dalam media sosial video memaparkan seorang lelaki yang didakwa berpakaian wanita ketika menghadiri satu majlis bertaraf antarabangsa sehingga mengundang reaksi negatif warga maya.

Difahamkan, individu tersebut merupakan juri bagi majlis yang dihadiri itu.

Sehubunga itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan mengarahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menjalankan siasatan supaya tindakan sewajarnya boleh diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Lelaki berpakaian wanita: JAWI diarah siasat, ambil tindakan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast