KUALA LUMPUR – Polis masih meneruskan siasatan berhubung kes amang seksual melibatkan seorang murid berusia 11 tahun di sebuah sekolah agama di Kampung Pandan di sini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya akan memaklumkan sekiranya terdapat sebarang perkembangan baharu berkaitan kes tersebut.
“Berhubung kes amang seksual itu, kita masih meneruskan siasaatan dan kami akan memaklumkan sekitaranya ada sebarang perkembangan lanjut,” katanya pada pemberita.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Hi Tea Apresiasi Polis Kuala Lumpur bersama Media Tahun 2025 di Grand Millenium Hotel, di sini hari ini.
Terdahulu media melaporkan, polis telah menerima satu lagi laporan baharu terhadap suspek dipercayai terbabit kes seorang murid menjadi mangsa amang seksual di sebuah sekolah agama di Kampung Pandan.
Fadil dilaporkan berkata, pihaknya telah menerima laporan itu daripada keluarga mangsa iaitu kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun pada jam 1 tengah hari 21 Disember lalu.
Pada Khamis lalu, seorang guru lelaki berusia 40 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual melibatkan seorang murid.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohd Lazim Ismail dilaporkan berkata, penahanan suspek dibuat suspek dibuat susulan laporan diterima jam 4.16 petang pada 16 Disember lalu.
Suspek kini direman selamat enam hari sehingga semalam bagi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. – MalaysiaGazette
















