Screenshot

KUALA LUMPUR – Sebanyak 25 unit tong sampah disediakan di lokasi-lokasi tumpuan, sempena sambutan Ambang Tahun Baru yang akan berlangsung di Bukit Bintang, esok malam.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, kesemua tong sampah yang disediakan oleh Alam Flora bagi memudahkan orang ramai menguruskan sisa dengan lebih teratur.

“Ditempatkan di lokasi-lokasi tumpuan dengan jarak kira-kira 50 meter antara setiap tong,” katanya menerusi kenyataan.

Antara lokasi tong sampah adalah masing-masing 10 dari Pavilion ke simpang Changkat Bukit

Bintang dan Starhill hingga ke Stesen MRT Bukit Bintang.

“Tiga unit dari Jalan Sultan Ismail (Lot 10 hingga simpang sebelum Hotel Parkroyal) dan dua unit dari  Jalan Sultan Ismail (Wolo Hotel hingga Maybank),” katanya.

Justeru, DBKL meminta orang ramai  menggunakan tong sampah yang disediakan.

“Dan tidak membuang sampah merata-rata bagi memastikan kawasan sentiasa bersih dan selesa untuk semua.

Kuala Lumpur milik kita bersama. kita raikan, kita jaga,” tambahnya.

Terlalu, tular gambar sekitar Bukit Bintang dipenuhi sampah sarap yang dibuang segelintir orang ramai yang tidak bertanggungjawab pada malam menjelang perayaan Hari Natal, baru-baru ini.

Susulan itu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menyatakan kekesalannya terhadap tindakan berkenaan.

Beliau hari ini turut mengeluarkan kenyataan, memberi peringatan terakhir

sebelum pelaksanaan khidmat masyarakat bagi kesalahan membuang sampah di tempat awam berkuat kuasa 1 Januari ini.

Tegasnya, pegawai penguat kuasa sudah diarahkan untuk melaksanakan undang-undang baharu itu bertujuan memperkukuh kebersihan awam serta tanggungjawab sivik.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast