Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Kerajaan MADANI meneruskan usaha memartabatkan Islam berpaksikan nilai ihsan, keadilan dan kebijaksanaan, bukan sekadar sebagai identiti, tetapi sebagai asas dalam tadbir urus dan kepimpinan negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha itu diperkukuh melalui pertemuan dan wacana bersama para ulama tersohor negara dan dunia.

Tambahnya, agenda itu dilaksanakan suasana saling menghormati serta penuh kepercayaan, sebagai ruang pertukaran pandangan yang jujur tentang cabaran umat dan peranan kepimpinan Islam dalam dunia yang kian teruji.

“Saya menegaskan keperluan agar pimpinan Islam tampil lebih tegas dan berani dalam perkara yang menyentuh kepentingan umat, serta terlibat secara aktif mencari penyelesaian yang adil dan bermaruah, termasuk dalam memperjuangkan hak kemanusiaan saudara kita yang terus menderita di Gaza,” katanya menerusi hantaran di Facebook, malam ini.

Anwar turut mendoakan agar setiap langkah memartabatkan Islam ini dipandu amanah dan kebijaksanaan, serta membawa manfaat kepada umat dan kemanusiaan seluruhnya. -MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast