Wan Rosdy Wan Ismail

KUANTAN – Memasuki tahun 2026, Kerajaan Negeri Pahang beriltizam untuk terus mempertahan kestabilan politik sedia ada serta menolak sebarang bentuk perpecahan yang boleh menggugat kemakmuran negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Gagasan Aspirasi Pahang 1st akan terus diperkukuh sebagai teras utama pentadbiran dan pembangunan negeri.

“Prinsip Rakyat Didahulukan, Kemakmuran Dipertahankan akan diterjemahkan melalui dasar, program dan tindakan yang nyata.

“Tahun 2026 juga akan menyaksikan usaha berterusan Kerajaan Negeri untuk memperkasa ekonomi rakyat, mencipta peluang pekerjaan, memperkukuh syiar Islam, memelihara alam sekitar serta meningkatkan kecekapan tadbir urus,” katanya.

Sumber : Facebook Wan Rosdy Wan Ismail

Beliau berkata demikian menerusi Perutusan Tahun Baharu 2026 di laman Facebook rasminya hari ini.

Katanya, tahun 2025 menyaksikan pelbagai kejayaan, cabaran dan ujian berjaya diharungi hasil daripada kestabilan politik dan perpaduan rakyat.

“Kestabilan ini membolehkan Kerajaan Negeri Pahang mentadbir secara konsisten, melonjak ekonomi negeri serta melaksanakan dasar dengan berkesan serta memastikan kebajikan rakyat terus menjadi keutamaan,” jelasnya.

Justeru, beliau menyeru rakyat bersama-sama melangkah ke tahun 2026 dengan azam yang kukuh demi masa depan Negeri Pahang yang aman, makmur dan sejahtera serta dirahmati Allah SWT. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast