Uqasha Senrose dan Kamal Adli.

KUALA LUMPUR – Pergolakan rumah tangga golongan selebriti tanah air sehingga membawa kepada penceraian, turut menghiasi dada akhbar dan portal berita sepanjang tahun ini.

Beberapa pasangan artis tidak lagi sebumbung selepas ikatan perkahwinan terlerai namun ada yang masih menunggu perbicaraan.

Pasangan selebriti yang masih menunggu prosiding mahkamah ialah Uqasha Senrose dan Kamal Adli, Linda Hashim dan Beego serta Datuk Nora Ariffin dan Dr. Rushdi Ramli.

Penyanyi, Datuk Nora Ariffin (dua kanan) bersama-sama suaminya, Dr Rushdi Ramli (dua kiri) ketika hadir di mahkamah bagi prosiding sebutan perceraiannya mereka di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Selangor. Foto HARI ANGGARA, 6 MEI 2025.(GAMBAR FAIL)

Bukan itu sahaja, isu pemberian hibah seorang tokoh perniagaan kepada ahli keluarga, turut `naik mahkamah’ dan masih menunggu untuk dibicarakan.

Malaysia Gazette menyorot sebahagian kes syariah yang mendapat liputan media.

17 Januari
Pelakon Linda Hashim memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Beego di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Prosiding ditangguhkan pada 21 Januari depan selepas Beego tidak hadir pada 16 Disember lalu bagi pengesahan lafaz taklik.

Pelakon, Diana Danielle hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, pagi ini bagi menghadiri prosiding permohonan perceraian terhadap suaminya, Farid Kamil. Foto MUHAIMIN MARWAN, 16 DISEMBER 2024 (GAMBAR FAIL)

24 Mac
Aktor dan pengarah, Farid Kamil Zahari akhirnya bersetuju melepaskan isterinya, Diana Danielle dengan talak satu buat kali kedua di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

21 April
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Dr. Rushdi Ramli di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, dengan alasan berlaku gangguan pihak ketiga.

Proses penceraian masih belum menemukan jalan penyelesaian dan dibawa ke proses hakam susulan hasrat Dr. Rushdi masih mahu mempertahankan perkahwinan mereka.

Pelakon, Edika Yusof (kanan) sah bercerai talak satu terhadap isterinya, Nor Hidayah Yusri di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 05 MEI 2025 (GAMBAR FAIL)

5 Mei
Pelakon Edika Yusof yang meruntun hati peminat kerana menjaga isteri lumpuh selama 19 tahun, sah bercerai talak satu dengan Nor Hidayah Yusri, 47, di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

13 Mei
Pelakon era 90-an, Farisha Irwayu bercerai talak satu dengan pendakwah Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atas persetujuan bersama.

29 Mei
Penyanyi Hafiz Suip mengesahkan sudah bercerai talak satu dengan isteri, Nureffy Jasreel Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

20 Ogos
Penyanyi Zehra Zambri sah bercerai melalui talak raj’ie dengan Nur Mohd. Iqwan Samsudin di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bangi.

Pempengaruh dan usahawan, Siti Suriani Wahiddin. (GAMBAR FAIL)

22 September
Pempengaruh, Siti Jamumall dan suaminya, Khairul Aiman Abdul Kudus atau lebih dikenali sebagai ‘Aiman Tak Kesah’, sah bercerai dengan talak satu buat kali ketiga di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

30 September
Status perkahwinan pelakon, Along Cham dengan isterinya, Afreena Suhaimi berhubung cerai taklik terjawab apabila Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengesahkan pasangan itu sah bercerai dengan talak satu, pada Jun tahun lalu.

1 Oktober
Pelakon Uqasha Senrose dilaporkan memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya yang juga pelakon, Kamal Adli di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

28 November
Dua lafaz cerai pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim terhadap isterinya, Nur Syazwani Mizuana Shahril pada 11 Jun dan 10 November lalu didapati sah oleh Mahkamah Rendah Syariah Klang.

Penyanyi, Ahmad Nubhan Ahamad tiba bagi pengesahan lafaz cerai terhadap isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor. Foto SADIQ SANI, 16 OKTOBER 2025. (Gambar fail).

2 Disember
Selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga, Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengesahkan lafaz cerai penyanyi Ahmad Nubhan terhadap isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek pada Ogos lalu, dengan menjatuhkan talak kedua.

17 Disember
Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya membenarkan anak sulung pengasas Sapura Holdings Sdn Bhd, Tan Sri Shahril Shamsuddin memfailkan bantahan awal terhadap permohonan bapanya, Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir untuk mengesahkan pemberian hibah mencecah 14.85 juta pegangan saham syarikat, hampir 30 tahun lalu. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast