KUALA LUMPUR – Sambutan Ambang Tahun Baharu 2026 kali ini membawa makna bahawa Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) sudah membuka tirainya secara rasmi.

Lebih meriah acara tahunan itu disertai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut sama mengira detik turun jam 12 tengah malam berlangsung di Pavilion Kuala Lumpur, di sini.

Acara tahunan itu yang bermula jam 7 malam itu menyajikan persembahan tarian musikal tradisional dan kontemporari dalam kalangan masyarakat Cina, India dan Melayu.

Artis tempatan turut memeriahkan acara itu termasuk Shila Amzah, Aina Abdul, Rezza Shah, Kidd Santhe, Vanessa Reynauld, KLP48, Danson Ooi, Penny, Belle Sisoski, The Kuans, Nazu dan Euzen.

Festival anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) itu dihiasi pertunjukan bunga api pyromusical, unjuran laser serta paparan 3D anamorfik ikonik tepat jam 12 tengah malam tadi.

Kemunculan dua maskot beruang matahari VM2026, Wira dan Manja memeriahkan festival itu yang melambangkan identiti, keramahan dan keunikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa.

Turut hadir Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud.

Menurut King Sing dalam satu kenyataan hari ini, acara itu sebagai simbolik untuk mengalu-alukan kehadiran 43 juta pelancong dari seluruh dunia.

“Ia sekali gus mengukuhkan kedudukan negara dalam peta pelancongan dunia,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast