KUALA LUMPUR – Tular di media sosial tembok Lapang Sasar Polis Kontinjen Kelantan di Gunong, Bachok, diconteng dengan dakwat merah.
Berdasarkan tiga keping gambar yang tular itu, tertera ayat “Jangan lari Dato kopi,” angka 11-2=9 dan huruf K, O dan I pada perkataan Kontinjen disembur cat merah.
Kejadian dipercayai berlaku pada 22 Disember lalu.

Sementara itu, sebuah portal berita melaporkan, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat mengesahkan menerima ugutan menerusi contengan tersebut.
Katanya, ugutan tersebut dipercayai dibuat sindiket yang terkesan dengan ketegasan pasukan pimpinannya menangani jenayah di Kelantan.
Bagaimanapun, beliau menegaskan tidak gentar dengan ugutan itu dan pihaknya sedang mengenal pasti pasti dalang kejadian berkenaan.

-MalaysiaGazette
















