Kim Pan Gon

KUALA LUMPUR – Kelab Bola Sepak Selangor (Selangor FC) secara rasmi mengumumkan pelantikan Kim Pan-gon sebagai ketua jurulatih baharu skuad utama Gergasi Merah berkuat kuasa hari ini.

Menerusi satu kenyataan rasmi, Selangor turut memaklumkan bekas jurulatih interim, Christophe Gamel sebagai Pengarah Teknikal kelab yang baharu.

“Kelab yakin Kim Pan-gon mampu meningkatkan prestasi pasukan utama Selangor FC serta memastikan skuad Gergasi Merah terus bersaing di peringkat tertinggi.

“Christophe Gamel pula akan memberi tumpuan kepada pembangunan sistem kejurulatihan dan pemain muda, khususnya bagi pasukan bawah 23 tahun serta program pembangunan akar umbi kelab,” jelas kenyataan itu.

Nama Pan-gon, 56, bukan asing dalam kalangan peminat bola sepak tempatan apabila pernah membimbing skuad kebangsaan dari 2022 hingga 2024 dan membawa Malaysia ke Piala Asia 2023 di Qatar.

Jurulatih kelahiran Korea Selatan itu meninggalkan Harimau Malaya pada Julai 2024 dan menyertai Ulsan HD namun dia kemudian berpisah dengan kelab itu pada Ogos lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast