Hospital Pulau Pinang.

GEORGE TOWN – Pengurusan Hospital Pulau Pinang (HPP) sedang mengesan ahli keluarga atau waris mayat dua wanita yang masih belum dituntut selepas meninggal dunia di wad hospital sejak Disember tahun lalu.

HPP dalam satu kenyataan berkata, wanita warga emas, Aw Lin Thai, 67, beralamat terakhir di  212 Perak Lane, Jelutong di sini disahkan meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan serius (severe sepsis) pada 22 Disember lalu.

Manakala seorang lagi mangsa, Looi Gaik Ching, 56, alamat terakhir di 78-10-05 Casa Impian, Jalan Ooi Thiam Siew di sini, dan dilaporkan meninggal dunia akibat kanser rektum (low rectal adenocarcinoma) pada 26 Disember lepas.

“Pihak HPP telah cuba mengesan keluarga kedua-dua mangsa berkenaan namun gagal menemui mereka. Mayat dua individu itu ditempatkan di Jabatan Perubatan Forensik HPP dan belum ada sesiapa hadir menuntutnya sehingga kini,” katanya hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil atau menghubungi Jabatan Perubatan Forensik HPP di talian 04 222 5098. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast