Syed Rosli bersama Dr Akmal.

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian Pandan, Syed Rosli Jamalullail sedia mengikuti jejak Datuk Dr Mohamad Akmal Salleh sekiranya pemimpin pemuda itu mahu mengundurkan diri daripada parti.

Beliau yang juga Ketua UMNO Cawangan Pandan Tengah berkata demikian merujuk gambaran diberi Ketua Pemuda UMNO itu hari ini yang meluahkan kekecewaan seolah-olah memberi isyarat kemungkinan beliau melepaskan jawatan di dalam parti.

“Sekiranya Dr Akmal mengambil keputusan untuk mengundur diri daripada jawatan tersebut maka saya dengan ini menyatakan pendirian yang jelas bahawa saya juga akan meletakkan jawatan sebagai AJK UMNO Bahagian Pandan serta-merta sebagai tanda solidariti dan kesetiaan terhadap perjuangan yang dibawa oleh Dr Akmal,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Syed Rosli, perjuangan bukan soal jawatan, soal merajuk atau emosi tetapi soal prinsip, maruah dan hala tuju perjuangan UMNO dalam mempertahankan agama, bangsa dan negara.

“Luahan keras yang disuarakan oleh Dr Akmal harus dilihat sebagai satu usaha untuk reset, membetulkan semula arah perjuangan agar parti ini kekal berani, berprinsip dan dekat dengan denyut nadi rakyat.

“Dalam susah dan senang perjuangan, saya berdiri teguh bersama Dr Akmal. Keberanian beliau bersuara demi kebenaran wajar dihormati, bukan dipinggirkan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyeru lebih ramai pimpinan akar umbi yang bersetuju dengan prinsip Dr Akmal juga bersedia melakukan perkara yang sama.

Bagaimanapun dalam luahan kekecewaan itu, Dr Akmal tidak menyatakan secara jelas hasratnya untuk berundur sama ada dalam politik atau jawatannya di dalam Kerajaan Negeri Melaka. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Bayangan undur diri Dr Akmal cetus tanda tanya

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Hidup mesti berprinsip. Jika tidak atau pentingkan diri dan untuk untuk jawatan dan tidak pedulikan hukum halal haram dari Allah sudah tentu kita adalah manusia menarik. Tak takut kah api neraka. Tunduk pada komunis DAP adalah satu pengkhianatan pada bangsa Melayu dan negara yg di namakan Tanah Melayu dan beraja Melayu Islam

Comments are closed.