KUALA LUMPUR – Terengganu Football Club (TFc) mengumumkan kehadiran penyerang KL City FC, Muhammad Haqimi Azim Rosli bagi menyertai kelab itu secara pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi musim 2025/2026.
TFC berkata, pemain Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) itu dipinjam sebagai sebahagian daripada perancangan pasukan untuk memperkukuhkan skuad khususnya di bahagian serangan.
“Ia bagi menghadapi pusingan kedua Liga Super Malaysia 2025/2026 selain saingan Piala Malaysia yang akan berlangsung tidak lama lagi.
“Pihak pengurusan Terengganu FC percaya kehadiran Muhammad Haqimi Azim akan memberikan nilai tambah kepada pasukan serta membantu meningkatkan kualiti keseluruhan skuad bagi menghadapi cabaran musim ini,” kata TFC dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mengulas mengenai penyertaannya bersama kelab , Haqimi Azim yang berusia 23 tahun bertekad memberi komitmennya untuk memberikan yang terbaik sepanjang tempoh bersama pasukan.
Pemain kelahiran Gombak, Selangor iu turut menyatakan hasrat untuk menggunakan peluang ini sebaik mungkin bagi membantu FC menghadapi pusingan kedua Liga Super Malaysia 2025/2026di samping berusaha memberikan komitmen penuh demi kepentingan pasukan. – MalaysiaGazette
















