Anggota bomba mengeluarkan penumpang daripada bas ekspres yang terlibat dalam nahas di Kilometer 1.0 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, dekat Rawang, awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan seorang maut manakala sembilan parah dalam kemalangan membabitkan sebuah bas, lori bonded dan sebuah motosikal di Kilometer 441.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara ke selatan, jam 5.45 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Polis Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, siasatan awal mendapati bas yang sedang bergerak di lorong kanan dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

Menurutnya, kejadian menyebabkan kenderaan berkenaan melintang di tengah lebuh raya sebelum sebuah lori bonded dan motosikal yang datang dari arah sama tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian kiri bas berkenaan.

“Pemandu lori, penunggang motosikal dan tujuh penumpang bas lain mengalami kecederaan parah dan kini masih dirawat di hospital sama,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, pemandu bas berkenaan bagaimanapun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Noor Farah Hanim Abu Bakar di talian 019-331 1552.

“Selain itu boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-6126 2222,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2026/01/11/penumpang-bas-pemandu-lori-tersepit-dalam-kemalangan/

Terdahulu media melaporkan, empat penumpang bas dan pemandu lori tersepit dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dengan lori tiga tan di Kilometer 1.0 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, dekat sini, awal pagi hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar dipetik berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.24 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang dikerahkan ke lokasi kejadian. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast