PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan program “Glamping with Pride” tidak diteruskan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media berhubung penganjuran program ‘Glamping with Pride’ yang akan diadakan di Hulu Langat, Selangor pada 17 dan 18 Januari ini.
Dalam pada itu, beliau turut mengajak masyarakat untuk bersama-sama memberi fokus kepada perkara-perkara yang lebih membina.
“Nasihat saya adalah marilah sama-sama kita memfokuskan kepada benda yang lebih membina, yang konsktruktif daripada perkara-perkara kecil yang sering kali menjadi halangan untuk kita maju ke hadapan.
“Ini kita ambil perhatian bahawa peranan hal ehwal agama ini untuk memberikan pencerahan, kecerdasan, membentuk pemikiran masyarakat yang lebih dinamik dan progesif,” tambahnya. – MalaysiaGazette

















