Stuart Wilkin. Foto FB Johor Southern Tigers.

KUALA LUMPUR – Pemain tengah Sabah FC, Stuart Wilkin kembali ke pangkuan pasukan gergasi Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk menghadapi baki saingan Liga Malaysia musim ini.

Perkembangan itu diumumkan Johor Southern Tigers di rangkaian media sosial mereka.

Perancang berdarah Malaysia-England itu bersama JDT II pada 2021 sebelum menyertai Sabah FC selama empat musim.

“Selepas empat musim pergi, Stuart Wilkin adalah Harimau Selatan sekali lagi! Selamat datang ke Rumah Juara!,” kata kelab dalam satu hantaran.

Sepanjang bersama kelab Borneo, pemain berusia 27 tahun itu telah membuat 109 penampilan, 17 gol dan 21 bantuan jaringan yang membolehkannya dipanggil menyertai skuad kebangsaan

Bersama Harimau Malaya pula, Wilkin telah merekodkan 30 penampilan dan enam jaringan.

Syamer Kutty Abba. Foto FB Johor Southern Tigers.

Turut kembali, seorang tonggak utama negara Syamer Kutty Abba bagi memperkuatkan pasukan JDT selepas habis tempoh pinjaman bersama KL City musim ini.

Anak jati Pulau Pinang itu menyertai KL City sejak Julai 2025 dan telah mencatat 13 penampilan serta satu gol sepanjang tempoh tersebut.

KL City mengucapkan selamat maju jaya kepada pemain tengah kebangsaan itu dalam kenyataan rasmi mereka.

Kehadiran semula Wilkin dan Syamer dijangka memberikan impak besar kepada kekuatan tengah JDT menjelang saingan baki Liga Super dan Piala Malaysia musim ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast