Mangsa dikeluarkan orang awam sebelum dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

TASEK GELUGOR – Pemandu lori pasir cedera parah selepas kenderaan dipandunya melanggar sebuah lori lain di Jalan Permatang Berangan di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 3.20 petang itu, lelaki berusia 36 tahun berkenaan dilaporkan tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 20 minit sebelum tiba di lokasi kejadian pada jam 3.44 petang.

“Siasatan awal mendapati kemalangan jalan raya itu membabitkan perlanggaran dua buah lori jenis Hino.

“Seorang pemandu mengalami kecederaan parah selepas tersepit dalam kenderaan namun telah dikeluarkan oleh orang awam dan dibawa ke Hospital Kepala Batas menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya kepada pemberita hari ini.

Tambah beliau, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Bertam seterusnya menjalankan pemeriksaan bagi memastikan keadaan selamat dan operasi ditamatkan pada jam 4.36 petang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast