Wisma Putra, Kementerian Luar Negeri

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar Negeri (KLN) sedang memantau secara rapi kemalangan dua buah kereta api berkelajuan tinggi yang berlaku di Sepanyol pada petang Ahad.

“Kementerian Luar Negeri, melalui Kedutaan Besar Malaysia di Madrid, mengesahkan bahawa pihak Kementerian sedang memantau rapat perkembangan insiden perlanggaran membabitkan dua buah kereta api berkelajuan tinggi di Sepanyol,” menurut Wisma Putra.

Media tempatan Sepanyol melaporkan seramai rekod, 21 orang terkorban dan beratus-ratus lagi cedera ekoran insiden pelanggaran dua buah keretapi laju di Madrid.

Nahas berlaku semasa kereta api terlibat masing-masing sedang dalam perjalanan bagi laluan Malaga–Madrid dan Madrid–Huelva.

Menurut Wisma Putra, Kedutaan Besar Malaysia di Madrid kini berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan Sepanyol di Córdoba, selain pihak pengendali kereta api yang terlibat dalam kejadian berkenaan.

Bagaimanapun, kementerian menegaskan pemantauan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan sebarang perkembangan berkaitan rakyat Malaysia dapat dikenal pasti dengan segera.

Sehubungan itu, warganegara Malaysia yang berada di Sepanyol dan memerlukan bantuan konsular dinasihatkan supaya menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Madrid melalui talian +(34) 91 555 0684 atau +(34) 91 555 0737.

Bagi kes kecemasan, orang ramai juga boleh menghubungi talian +(34) 659 89 49 43 atau menghantar e-mel ke [email protected]

“Kementerian Luar Negeri akan terus memantau perkembangan insiden ini secara dekat dan akan menyalurkan maklumat terkini dari semasa ke semasa,” menurut Wisma Putra. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast