Allahyarham Bung Moktar Radin

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Ahli Parlimen Kinabatangan, Allahayarham Datuk Seri Bung Moktar Radin di atas pemergian beliau pada 5 Disember tahun lalu.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul turut memohon Ahli Dewan Rakyat yang beragama Islam menghadiahkan Al-Fatihah manakala yang bukan beragama Islam bertafakur selama seminit sebagai tanda penghormatan.

“Kita berdoa semoga Allah mencucuri rahmat kepada Allahyarham serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh serta lagi beriman.

“Saya memohon agar ahli-ahli Yang Berhormat untuk berdiri. Kepada yang beragama Islam, diminta sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin manakala kepada yang bukan beragama Islam diminta bertafakur,” katanya.

Pada 5 Disember, Bung Moktar merupakan bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah itu disahkan meninggal dunia pada pukul 1.46 pagi.

Allahyarham sebelum itu menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu, Sabah selepas mengalami kegagalan fungsi buah pinggang dan jangkitan teruk pada paru-paru. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast