Dua lelaki maut selepas tercampak ke bawah Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) dari lori yang dinaiki.
Dalam kejadian kira-kira 8.55 malam itu kedua-dua mereka tercampak selepas lori treler dinaiki terbabas berhampiran Kilang Ceramic Pro, Jalan Empat, Jalan Chan Sow Lin.














