Fahmi Fadzil.

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi menjelaskan sekatan terhadap akses chatbox kecerdasan buatan (AI) Grok di platform media sosial X bersifat sementara di negara seperti dilakukan Indonesia dan Filipina.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, ia susulan penyalahgunaan Grok berulang kali yang menjana kandungan lucah dan kandungan seksual eksplisit di mana kementerian akan meneliti jawapan balas daripada pihak X.

Menurut beliau, kerajaan akan menarik semula sekatan sementara berkenaan sekiranya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dapat menerima penjelasan yang dikemukakan.

“Dalam isu X dan aplikasi Grok, ia sedikit unik memandangkan X adalah platform media sosialnya dan Grok adalah aplikasi AI yang mana dalam platform X itu terdapat akaun @Grok.

“Di sini kita berdepan keadaan agak hibrid dan dalam beberapa aplikasi pemesejan seperti WhatsApp, telah dimuat masuk oleh pihak Meta ada fungsi AI juga dalam aplikasi tersebut.

Mengulas lanjut, Fahmi  Fahmi berkata, sehingga kini MCMC merekodkan 17 aduan atau laporan berkaitan aplikasi Grok.

Kata beliau, ia membabitkan enam aduan rasmi, dua laporan polis yang dikongsi pengadu, lapan aduan melalui penandaan media sosial dan satu laporan awal pertama yang dibuka oleh MCMC. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast