Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus

KUALA LUMPUR – Siasatan berhubung dua laporan polis yang dibuat bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan hari ini, diambil alih oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadul Marsus berkata, pihaknya menerima laporan membabitkan dakwaan pendedahan dokumen sulit serta penyebaran kenyataan tidak benar mengenai bekas pegawai kanan tentera itu.

“Saya sahkan laporan diterima. Kandungan dan siasatan telah diambil alih oleh USJT JSJ Bukit Aman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu Malaysia Gazette melaporkan, Mohammad Hafizuddeain membuat dua laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, hari ini.

Menurut peguamnya, Aizul Borhan Anuar, ia berhubung pendedahan butiran peribadi termasuk akaun perbankan miliknya yang disebarkan pihak Chegubard atau Badrul Hisham Shaharin.

Bekas PTD itu turut membuat laporan berhubung penyebaran maklumat salah yang mana Chegubard menuduh beliau memakai jam tangan mewah berjenama Patek Phillppe bernilai ratusan ribu ringgit.

Jelas Aizul, jam berkenaan adalah keluaran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), tidak mempunyai jenama dan tertera perkataan Chief Army of Malaysia. -MalaysiaGazette

 

ARTIKEL BERKAITAN

Dituduh pakai jam ratusan ribu, penyata bank didedahkan, bekas PTD lapor polis

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast