KUALA LUMPUR – Kes penipuan tawaran kerja sambilan pada tahun lalu mencatatkan peningkatan drastik dengan kenaikan sebanyak 114 peratus.
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman berkata, kes ini melibatkan kerugian mencecah RM222 juta berbanding RM126 juta pada tahun 2024.
Lazimnya, menurut beliau, penipuan kerja sambilan dalam talian ini menawarkan gaji yang terlalu lumayan dan tidak masuk akal.
Selain itu, pemohon diminta membuat bayaran pendahuluan untuk yuran latihan, deposit, atau permit sebelum memulakan kerja.
Kes sindiket penipuan ini melibatkan komunikasi yang dibuat secara tidak rasmi dan menggunakan identiti syarikat yang tidak sah.
“Tawaran melalui WhatsApp atau Telegram daripada nombor tidak dikenali dan meminta maklumat peribadi atau perbankan,” ujarnya. – MalaysiaGazette
















