Swee Sake.

GEORGE TOWN – Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang cedera parah selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 10 sebuah kondominium di Gelugor di sini, semalam masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP).

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake ketika dihubungi berkata, mangsa telah selesai menjalani pembedahan semalam namun masih ditempatkan di ICU hospital tersebut.

“Kita terima maklumat berhubung kejadian tersebut pada jam 1.15 petang semalam dan mangsa dilaporkan terjatuh dari bilik tidur di tingkat 10 sebelum ditemui dalam keadaan terbaring di tingkat tujuh kondominium berkenaan.

“Impak kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah dan telah dihantar ke HPP untuk rawatan.

“Kita juga telah merakamkan keterangan ahli keluarga mangsa dan setakat ini tidak menjumpai sebarang unsur jenayah dalam kejadian ini,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Remaja 15 tahun terjatuh dari tingkat 10 sebuah kondominium

Tambah beliau, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian sehingga menjejaskan siasatan polis,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast