KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi penghargaaan kepada kontinjen Malaysia yang mencatat prestasi cemerlang di Sukan Para ASEAN (APG) Thailand 2025, baru-baru ini.
Kontinjen negara melakar sejaraha apabila menamatkan kempen dengan mengutip 64 pingat emas, 64 perak dan 73 gangsa, sekali gus menempatkan Malaysia di tangga ketiga keseluruhan.
Pencapaian itu juga merupakan peningkatan berbanding edisi 2023 di Kemboja apabila Malaysia menamatkan saingan di tempat keempat.
“Setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh atlet para negara yang telah mengharumkan nama Malaysia di Sukan Para ASEAN Thailand 2025.
Malaysia dijadual menjadi tuan rumah APG 2027 sekali gus membuka peluang untuk kontinjen negara mengukir prestasi lebih gemilang di tanah sendiri.
Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah adalah pada 2017 dengan kontinjen negara muncul naib juara di belakang Indonesia. – MalaysiaGazette
















