KUALA LUMPUR – Semua jenis basikal tidak dibenarkan dibawa ke dalam KTM Komuter Lembah Klang bermula Jumaat hingga Isnin.

Menurut Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), larangan yang berlangsung selama empat hari itu dikuatkuasakan sementara demi keselesaan penumpang berikutan Thaipusam.

“Sempena perayaan Thaipusam, larangan membawa sebarang jenis basikal bagi perkhidmatan KTM Komuter Lembah Klang akan dikuatkuasakan bermula 30 Januari hingga 2 Februari 2026.

“Pemahaman anda amat kami hargai,” katanya menerusi hebahan di media sosial.

Terdahulu, KTMB memaklumkan tambang percuma selama dua hari bermula 31 Januari sehingga 1 Februari ini sempena perayaan tersebut.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, inisiatif itu ditawarkan kepada penumpang KTM Komuter Lembah Klang yang akan beroperasi selama 24 jam melibatkan kos hampir RM1 juta.

Dijangkakan lebih 2.5 juta orang bakal mengunjungi Batu Caves sempena Thaipusam tahun ini.

Jumlah ini meningkat berbanding tahun lalu perayaan disambut pada hujung minggu dan cuti umum yang panjang.

Thaipusam dan Hari Wilayah Persekutuan tahun ini disambut pada hari yang sama iaitu 1 Febuari.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast