Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan mencemar duli beramah mesra bersama Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek dan ADUN Bahau, Teo Kok Seong sebelum menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Jamek Pekan Bahau, Negeri Sembilan. Foto SADIQ SANI, 25 SEPTEMBER 2026.

BAHAU – Lebih 30 badan bukan kerajaan (NGO) hari ini bersatu menzahirkan taat setia dan sokongan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, selain berikrar mempertahankan institusi Raja Berperlembagaan.

Pendirian itu dizahirkan menerusi Himpunan Taat Setia Rakyat Pelbagai Kaum dan Sokong DYMM Tuanku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke-11 di Masjid Jamek Pekan Bahau, di sini, selepas solat Jumaat.

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan mencemar duli menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Jamek Pekan Bahau, Negeri Sembilan. Foto SADIQ SANI, 25 SEPTEMBER 2026.

Para peserta yang hadir turut melafazkan ikrar untuk terus menjunjung kasih kepada Tuanku Muhriz serta berdiri teguh bersama baginda dalam mempertahankan institusi Raja Berperlembagaan seperti termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan.

“Kami rakyat Negeri Sembilan bersama 30 gabungan NGO pelbagai kaum yang hadir pada hari ini akan terus menjunjung kasih serta memberikan sepenuh kesetiaan.

“Kami berdiri teguh bersama Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan bersedia mempertahankan institusi Raja Berperlembagaan seperti mana termaktub di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan serta demokrasi berparlimen yang sah di Malaysia,” demikian antara kandungan ikrar tersebut seusai Tunku Mukhriz menunaikan solat Jumaat dan beramah mesra dengan rakyat jelata di Masjid Jamek Pekan Bahau, di sini, hari ini.

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan mencemar duli menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Jamek Pekan Bahau, Negeri Sembilan. Foto SADIQ SANI, 25 SEPTEMBER 2026.

Turut hadir Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bahau, Teo Kok Seong.

Himpunan berkenaan dianjurkan Pertubuhan Otai Reformasi Negeri Sembilan (Profans), Sekretariat Gerak Media Sosial Rakyat (Sekpur), Gabungan NGO Melayu dan Pertubuhan Media Digital Malaysia.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek ketika menanti keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir untuk berkenan mencemar duli menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Jamek Pekan Bahau, Negeri Sembilan. Foto SADIQ SANI, 25 SEPTEMBER 2026.

Himpunan itu berlangsung ketika isu berkaitan kedudukan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan menjadi perhatian susulan perkembangan berhubung proklamasi bertarikh 19 April lalu.

Ikrar berkenaan kemudian diakhiri dengan lafaz “Daulat Tuanku” sebagai tanda taat setia kepada Tuanku Muhriz. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here