Zizie Izette.

KUALA LUMPUR – Balu Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datin Seri Zizie Izette kembali muncul di Instagram selepas memuat naik video pertama membabitkan aktiviti lima anaknya selepas hampir dua bulan tidak aktif di media sosial.

Zizie, 48, tampil berkongsi gelagat permata hatinya membakar biskut bagi projek kemasyarakatan (CSR) demi membantu insan memerlukan terutama anak yang kehilangan bapa.

A little fun, a lot of heart (seronok sedikit, ada banyak hati @mini_izette_bites),” tulisnya pada ruangan kapsyen disertai emoji hati berwarna putih.

Sementara itu, pada hantaran lain, Zizie turut menzahirkan terima kasih kepada orang ramai yang sentiasa memberi sokongan kepada keluarganya.

“Kami sudah menerima semua mesej anda. Terima kasih dari lubuk hati kami atas kasih sayang dan sokongan.

“Memandangkan kami masih baru, kami membalas satu persatu dengan perlahan,” ujarnya.

Sebelum ini, tiga hari selepas pemergian suaminya, Zizie memadam kesemua status dalam Instagramnya yang mempunyai 1.1 juta pengikut selain hanya sesekali berkongsi perkembangan di InstaStory.

Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Sabah menghembuskan nafas terakhir akibat kegagalan buah pinggang serta jangkitan kuman pada 5 Disember tahun lalu.

Zizie dan Allahyarham Bung Moktar yang mendirikan rumah tangga pada 2009 dikurniakan lima cahaya mata.  – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast