M. Kumar

KUALA LUMPUR – Seramai 138 orang mangsa pemerdagangan manusia di selamatkan dalam Op Pintas Khas yang dijalankan secara serentak di seluruh negara semalam.

Operasi ini melibatkan 14 kontinjen dan Bahagian D3, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit aman melalui agensi-agensi penguatkuasaan lain termasuk Pejabat Strategik Nasional Majlis AntiPemerdagangan Orang dan AntiPenyeludupan Migran, Kementerian Dalam Negeri.

Mereka yang ditahan itu terdiri daripada 58 lelaki, perempuan berusia atara 18 hingga 51 tahun (23) serta kanak-kanak lelaki (39) dan kanak-kanak perempuan berusia antara 12 hingga 17 tahun (18).

Mangsa-mangsa tersebut melibatkan masing-masing lapan dari Malaysia dan Filipina, 34 Indonesia, 13 Bangladesh dan 75 Myanmar.

Turut diselamatkan seorang kanak-kanak lelaki orang kurang upaya pekak dan bisu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu berkata, fokus operasi itu mengenalpasti mangsa pemerdagangan orang khususnya di sektor perladangan kelapa sawit, pembuatan sarung tangan getah dan dalam kalangan golongan rentan, Wanita dan kanak-kanak.

Katanya, sebanyak 77 serbuan dilaksanakan melibatkan 12 di sektor perkilangan, 19 perladangan, 41 perkhidmatan/perniagaan dan lima serbuan di sektor lain-lain.

“Dalam serbuan itu, 67 orang termasuk 57 tangkapan lelaki dan 10 wanita berusia antara 30 hingga 69 tahun disyaki majikan dan penyelia kepada semua mangsa yang ditahan dalam operasi ini.

“Daripada jumlah itu. 42 adalah warga tempatan dan 25 warga asing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semua tangkapan disiasat di bawah Seksyen 12 dan 14, Akta ntiPemerdagangan Orang dan Anti
Penyeludupan Migran 2007.

Selain itu, Seksyen 6(1)(c), Sekyen 15(1)(c), Seksyen 55B dan Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63.

Kumar berkata, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dengan jenayah pemerdagangan orang dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang terlibat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast