Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta berundur secara hormat sebagai Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas Pas menyangkal pemansuhan jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) seperti yang terkandung di dalam surat

Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal kecewa terhadap tindakan Muhyiddin yang didakwanya telah mencemarkan imej PN dalam kalangan rakyat dan merosakkan hubungan Bersatu dengan rakan-rakan komponen yang lain, terutamanya Pas.

Beliau yang merupakan Ahli Majlis Pimpinan Bersatu yang digantung berkata, sebagai seorang presiden, Muhyiddin pastinya tidak dikenakan apa-apa tindakan oleh Lembaga Disiplin atas keputusan dan tindakannya.

Namun, menurutnya, atas kepentingan parti dan rakan-rakan komponen, beliau harus mengambil tanggungjawab moral untuk melonjakkan keyakinan rakyat terhadap Bersatu dan PN.

“Maka, saya sekali lagi memohon dengan penuh rasa tanggungjawab untuk YB Tan Sri Muhyiddin berundur secara terhormat sebagai Presiden Bersatu demi kelangsungan Bersatu dan PN.

“Tan Sri Muhyiddin perlu letak jawatan segera.,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Wan Ahmad Fayshal menambah, surat jawapan balas itu telah jelas membuktikan Muhyiddin sengaja menyimpang dari apa yang dipersetujui secara bersama dengan harapan untuk kembali sebagai Pengerusi PN.

Semalam, Pas menyangkal kenyataan Muhyiddin berkenaan pemansuhan jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) seperti yang terkandung di dalam surat Presiden Bersatu berkenaan yang tersebar kepada media semalam.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, isu itu sama sekali tidak pernah dibincangkan dan dipersetujui oleh Pas termasuk dalam pertemuan pada 16 Januari lalu.

Malah, jelas beliau, Pas kekal dengan pendirian jawatan Pengerusi PN hendaklah kekal dan tidak dimansuhkan serta diurus tadbir seperti mana yang diperuntukkan dalam Fasal 8.3(l) Perlembagaan PN. – MalaysiaGazette

Hadi sangkal Muhyiddin, mansuh jawatan Pengerusi PN tak pernah dibincang

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast