Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari. Foto FAREEZ FADZIL, 07 MAC 2024.

KUALA LUMPUR – Dua lelaki tempatan ditahan selepas disyaki melakukan perbuatan persetubuhan bertentangan aturan tabii dalam sebuah kenderaan di kawasan Sentul, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, kedua-dua suspek berusia 24 dan 29 tahun bekerja sebagai jurujual telefon ditahan ketika rondaan cegah jenayah dijalankan di Zon Sri Murni, Jalan Taman Intan Baiduri, kira-kira jam 2 pagi.

“Pemeriksaan mendapati dua lelaki berada di dalam sebuah Proton X50 dalam keadaan mencurigakan dan melakukan perbuatan seks oral serta berkelakuan tidak senonoh di tempat awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pemeriksaan lanjut di dalam kenderaan berkenaan menemui satu gumpalan tisu berwarna putih dipercayai mengandungi cecair di lantai tempat duduk penumpang belakang.

“Semakan mendapati kedua-dua suspek dan kenderaan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau,” ujarnya.

Menurutnya, kedua-dua lelaki itu ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Jinjang bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan.

“Siasatan awal mendapati salah seorang suspek mengaku melakukan perbuatan seks oral terhadap seorang lagi suspek di dalam kenderaan tersebut,” dedah beliau.

Ahmad Sukarno berkata kedua-dua suspek sebelum ini direman selama tiga hari bermula 30 Januari hingga 1 Februari dan kini telah dibebaskan dengan jaminan sementara siasatan diteruskan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast