Pengarahnya, Datuk Mohd Razam Taja Rahim ketika ditemui selepas Majlis Perhimpunan Tahunan Bagi Tahun 2026 JBPM Pahang

KUANTAN – Menjelang sambutan musim perayaan tidak lama lagi, mana-mana pihak yang mempunyai bekalan mercun atau bunga api dinasihat agar memastikan ia disimpan di tempat selamat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Datuk Mohd Razam Taja Rahim berkata, langkah keselamatan juga perlu dititikberatkan ketika penjualan dan penggunaannya agar tidak memudaratkan masyarakat serta harta benda.

“Jangan sewenang-wenangnya sampai dia menyebabkan orang lain pula orang teraniaya dan sebagainya. Jadi semua kena kawal dari segi penggunaan dan jangan sampai berlebihan.

“Kalau kebakaran pun ada. Jadi saya harap untuk tahun ini tidak ada lagi kes yang menyebabkan kebakaran mercun. Kerana mercun ini menyebabkan orang lain menjadi mangsa,” katanya.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Datuk Mohd Razam Taja Rahim (kiri) menyampaikan Sijil Penghargaan Hero Bomba kepada Ketua Balai Polis Tanjung Gemok, Rompin, Sjn Mejar Rozlan Mohd Yusof pada Majlis Perhimpunan Tahunan Bagi Tahun 2026 JBPM Pahang

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Tahunan Bagi Tahun 2026 JBPM Pahang di sini hari ini.

Menurutnya, bomba Pahang juga akan mengambil tindakan bersesuaian jika menerima aduan terdapat penjual mercun dan bunga api yang menyimpan bekalan mereka di premis yang tidak menepati aspek keselamatan.

“Setakat ini tiada keperluan untuk pemeriksaan bersama pihak polis ke atas premis yang dijadikan stor simpanan mercun.

“Tetapi kita ada memang ada aduan terdapat penjualan mercun dan bunga api di depan di pasar yang rasa tidak sesuailah. Di kawasan yang banyak pembeli yang banyak dan sebagainya. Jadi, kita akan minta untuk dialihkan,” jelasnya.

Jelasnya, risiko kemalangan juga boleh berlaku ketika aktiviti memasak sempena musim perayaan ini selain kemalangan ketika memandu di jalan raya.

Justeru, beliau menasihati orang ramai agar lebih cakna dan meningkatkan tahap kesedaran mengenai keselematan terutama menjelang musim perayaan tidak lama lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast